KJ kembali dalam sukan? - Utusan Malaysia

KJ kembali dalam sukan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Khairy Jamaluddin atau lebih mesra disapa KJ bakal kembali mewarnai sukan tanahair apabila mencabar jawatan Presiden Paralimpik Malaysia (MPM).

Pencalonan bekas Menteri Belia dan Sukan itu dikatakan dibuat kira-kira 30 minit sebelum tarikh tutup pencalonan semalam, sekali gus meletakkannya sebagai calon utama untuk mencabar Presiden Persatuan Kanu Malaysia (MASCA), Datuk Megat D Shahriman Zaharudin yang terlebih dahulu menawar diri.

Bagaimanapun, MPM bakal mengadakan satu mesyuarat khas pada pukul 3 petang esok bagi mengesahkan senarai calon pemilihan mesyuarat agung tahunan (AGM) yang akan diadakan pada 29 Jun ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Status Khairy sebelum ini menimbulkan tanda tanya sama ada beliau merupakan anggota dalam mana-mana persatuan sukan yang menganggotai MPM kerana perlembagaan MPM menyatakan sesiapa juga calon bertanding perlulah menjadi ahli persatuan dan dicalonkan persatuan sukan di bawah MPM.

Persekutuan Ragbi Kerusi Roda Malaysia bagaimanapun mengesahkan Khairy sebenarnya bukan sekadar ahli biasa di dalam persatuan sukan itu tetapi beliau sudah dilantik sebagai Timbalan Presiden dalam mesyuarat agung tahunan (AGM) badan itu pada awal tahun ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini