Puluhan banduan di Aceh larikan diri - Utusan Malaysia

Puluhan banduan di Aceh larikan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDA ACEH 16 Jun – Puluhan banduan di cawangan Pusat Tahanan Negara (Rutan) Lhoksukon, daerah Aceh Utara melarikan diri selepas memecahkan pintu utama penjara, hari ini.

Lapor Antara News, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 4.25 petang waktu tempatan.

Sebelum tahanan melarikan diri, berlaku rusuhan dalam penjara tanpa diketahui punca yang mengakibatkan kejadian di premis yang dihuni ratusan banduan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tingkap hadapan berdekatan pintu utama pecah selepas rusuhan itu berlaku ketika sejumlah anggota bersenjata dikerah mengamankan penjara tersebut.

Polis bersama tentera dan kakitangan penjara mengejar banduan yang melarikan diri dengan beberapa tahanan berjaya ditahan semula.

Namun, masih belum ada maklumat rasmi mengenai rusuhan dan jumlah tahanan yang melarikan diri dan berjaya ditangkap semula. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini