Polis reman enam lelaki terlibat rusuh di Tawau esok - Utusan Malaysia

Polis reman enam lelaki terlibat rusuh di Tawau esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU 16 Jun – Polis menahan lima lelaki hari ini bagi membantu siasatan insiden merusuh serta memukul menggunakan kayu di terminal bas di Jalan Stephen Tan di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Ak Umbuas berkata, lima lelaki itu ditahan pada pukul 1.45 tengah hari tadi di hadapan Pondok Polis Kampung Titingan di sini.

“Semalam, seorang lelaki juga ditahan pada pukul 6.38 petang di Balai Polis Tawau dan kita masih mencari tiga suspek yang masih bebas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Peter memberitahu, perintah tahanan reman ke atas keenam-enam suspek akan dipohon esok mengikut Seksyen 117 Kanun Tata Cara Jenayah.

Dalam pada itu, Peter berkata, kejadian pukul 4 petang itu turut tular di media sosial sejak semalam dan seorang mangsa yang dipukul membuat laporan polis pada 6.40 pagi ini.

Sementara itu, Peter menjelaskan, kejadian berpunca apabila semasa menunggu bas, mangsa mendekati seorang lelaki yang berada di tandas stesen bas lalu menarik rantai jenis perak lelaki itu sehingga putus dan lelaki berkenaan mengadu kepada abangnya.

“Abangnya kemudian bertemu mangsa untuk mendapatkan penjelasan namun mangsa bertindak menumbuk lelaki itu, adiknya pula kemudian memukul mangsa menggunakan sebatang kayu.

“Empat rakan mangsa cuba meredakan keadaan tetapi berlaku pergaduhan beramai-ramai antara rakan mangsa dan rakan lelaki itu,” ujarnya.

Peter berkata berikutan kejadian itu, mangsa mengalami luka di telinga kiri. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini