MBS dakwa Iran dalangi serangan kapal tangki - Utusan Malaysia

MBS dakwa Iran dalangi serangan kapal tangki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEDDAH 16 Jun – Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman (MBS) menuduh sekutunya, Iran menyerang kapal tangki minyak di Teluk Oman dan menegaskan beliau tidak teragak-agak menangani sebarang ancaman ke atas negara ini.

Lapor Al Jazeera yang memetik MBS sebagai berkata, Arab Saudi tidak mahukan peperangan di rantau ini.

“Namun kami tidak teragak-agak untuk menangani sebarang ancaman kepada rakyat, kedaulatan, integriti wilayah dan kepentingan utama kita,” katanya dalam wawancara yang diterbitkan hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebanyak dua kapal tangki terkena letupan Khamis lalu, serangan kedua dalam tempoh sebulan di laluan perkapalan strategik di Teluk Oman hingga mengakibatkan harga minyak melonjak naik. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini