Carrie Lam mohon maaf - Utusan Malaysia

Carrie Lam mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONG KONG – Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam memohon maaf berhubung cubaan pentadbirannya untuk meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) yang membolehkan mana-mana penduduk di wilayah ini yang terlibat dalam kes jenayah dieks­tradisi ke China.

“Ketua Eksekutif mengaku berlaku kesilapan dalam usaha kerajaan yang telah menyumbang kepada banyak konflik dan perbalahan dalam masyarakat Hong Kong serta mengecewakan dan mencetuskan kemarahan orang ramai.

“Ketua Eksekutif memohon maaf kepada rakyat dan berjanji untuk menerima kritikan dengan ikhlas dan rendah diri,” kata kenyataan Pejabat Ketua Eksekutif. – AFP

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini