Carrie Lam didesak letak jawatan - Utusan Malaysia

Carrie Lam didesak letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONG KONG – Ratusan ribu penunjuk perasaan berhimpun di pusat ibu kota negara ini bagi membantah penangguhan Rang Undang-Undang (RUU) yang membolehkan mana-mana penduduk di wilayah ini yang terlibat dalam kes jenayah dieks­tradisi ke tanah besar China.

Penunjuk perasaan melaungkan slogan ‘Batalkan undang-undang jahat!’ ketika mereka berarak di jalanan bagi mendesak peletakan jawatan Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam.

Kesemua penunjuk perasaan yang mengenakan pakaian berwarna hitam dilaporkan menuju ke arah bangunan Parlimen. – AFP

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini