KUALA LUMPUR-Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) negeri Melaka mengadakan program Omnipresence iaitu rondaan di sekitar kawasan perumahan Taman Seri Telok Mas, Melaka pada Khamis lalu.
AADK Melaka Tengah melalui laman facebook rasminya memberitahu, program yang diadakan pada pukul 6 petang itu bagi menunjukkan kehadiran dan komitmen pihak berkuasa di kawasan tersebut.
“Kami mahu komuniti mengetahui kehadiran pihak berkuasa sekali gus akan berasa selamat serta memberi keyakinan kepada mereka.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Diharapkan, masalah penagihan dadah dalam kalangan masyarakat hari ini dapat dikurangkan dari semasa ke semasa,” katanya dalam laman sosial itu di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE











