Empat sekeluarga maut kemalangan Perodua Viva dan lori - Utusan Malaysia

Empat sekeluarga maut kemalangan Perodua Viva dan lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERA – Empat sekeluarga maut selepas kereta jenis Perodua Viva dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan dua buah lori di Jalan Kuari Bukit Mendi-Felda Bukit Mendi di sini hari ini.

Difahamkan, kejadian kira-kira pukul 1.34 petang itu melibatkan empat mangsa iaitu anak peneroka Felda Bukit Puchong, suami dan seorang anaknya serta seorang adiknya.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Nor Hisham Mohammad berkata, kemalangan berkenaan melibatkan dua buah lori dan sebuah kereta jenis Perodua Viva.

“Dipercayai lori dari arah simpang empat Jalan Besar Kemayan menghala ke Felda Bukit Mendi manakala kereta Viva dari arah Felda Bukit Mendi menghala ke simpang empat Jalan Besar.

“Kemalangan mengakibatkan seorang lelaki, dua wanita dan seorang kanak-kanak yang menaiki kereta jenis Perodua Viva meninggal dunia manakala seorang pemandu lori cedera,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×