Tiga suspek dera kanak-kanak direman 5 hari - Utusan Malaysia

Tiga suspek dera kanak-kanak direman 5 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Tiga suspek yang ditahan kerana disyaki mendera dua kanak-kanak di sebuah rumah Jalan PBP 1/2, Pusat Bandar Puchong, dekat sini diremam selama lima hari bermula hari ini.

Perintah reman dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kedua-dua kanak-kanak itu berada di hospital untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini