Kerajaan dicadang tubuh jawatankuasa khas tangani isu alam sekitar - Utusan Malaysia

Kerajaan dicadang tubuh jawatankuasa khas tangani isu alam sekitar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Kerajaan Pusat dicadang menubuhkan jawatankuasa atau majlis tetap bagi menangani pelbagai isu berkaitan alam sekitar.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar negeri, Dr. Abdul Aziz Bari berkata, ini penting kerana kerajaan negeri tidak mempunyai kepakaran dan dana yang mencukupi untuk mengatasi masalah alam sekitar.

“Walaupun jawatankuasa tersebut mungkin tidak mempunyai status undang-undang seperti Majlis Tanah Negara dan Majlis Kewangan Negara tetapi sekurang-kurangnya kerajaan Pusat dan negeri dapat berhubung dan berkongsi maklumat mengenai isu alam sekitar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Perkara ini sangat penting agar kerajaan negeri dan Pusat dapat menjalankan tindakan dan dasar secara serentak dan berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pada Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2019 anjuran Pertubuhan orang Cacat Penglihatan Malaysia Perak di sini hari ini.

Abdul Aziz berharap jawatankuasa khas menangani isu alam sekitar dipengerusikan oleh Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri.

Kata beliau, ini bagi menunjukkan keseriusan kerajaan Pusat dalam menangani masalah berkaitan alam sekitar.

“Saya yakin jawatankuasa tersebut dapat menyelaraskan keseragaman untuk semua negeri melalui komunikasi dua hala,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini