Tiga termasuk seorang lelaki tempatan ditahan - Utusan Malaysia

Tiga termasuk seorang lelaki tempatan ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU – Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menahan dua pendatang asing tanpa izin (PATI) di perairan Laut Batu 4 dekat sini, semalam.

Dua pendatang asing tanpa izin (PATI) di perairan Laut Batu 4, Sabah.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner, Mohamad Pajeri Ali berkata, kedua-dua suspek ditahan anggota PPM ketika menjalankan tugas dalam rondaan Op Gelora kira-kira pukul 3.30 petang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasil pemeriksaan itu, kedua-duanya gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

“Selain mereka, pihak kita turut menahan seorang lelaki tempatan di lokasi berhampiran kerana mengendalikan sebuah bot turut ditahan atas kesalahan menggunakan lesen perikanan bot yang tamat tempoh,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohamad Pajeri, kesemua tahanan itu dibawa ke pangkalan Markas Operasi PPM Tawau untuk siasatan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959 dan 1963 serta Akta Perikanan 1985.-BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini