Chile tetap digeruni - Vidal - Utusan Malaysia

Chile tetap digeruni – Vidal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Arturo Vidal percaya Chile merupakan pasukan yang digeruni dalam kempen Copa America sebagai tindak balas ke atas kegagalan mereka bersaing di Piala Dunia pada edisi lalu.

Chile telah memenangi dua gelaran Copa America pada 2015 dan 2016 apabila dalam dua edisi mereka mengatasi Argentina di pentas akhir menerusi sepakan penalti penentuan.

Bagaimanapun generasi emas itu gagal membuktikan mereka skuad gergasi dari Amerika Selatan apabila tidak menyertai Piala Dunia di Rusia tahun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Skuad tersebut melalui fasa rombakan besar-besaran dengan kini Vidal satu-satunya jentera paling tua daripada 23 pemain untuk kejohanan tersebut yang berlangsung di Brazil.

Begitupun, Vidal tetap menyifatkan Chile merupakan skuad yang digeruni dalam kejohanan tersebut dan mereka bakal berdepan pasukan jemputan, Jepun pada Selasa ini.

“Skuad ini pasti digeruni, sejak dari awal sehingga ke pentas akhir. Kami harap ia akan berlangsung dengan menakjubkan, namun kami akan melaluinya satu persatu.

“Semuanya bermula dengan baharu; proses baharu, pemain baharu dan jurulatih baharu,” katanya.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini