Everton beri bayangan mahu ke Man U - Utusan Malaysia

Everton beri bayangan mahu ke Man U

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Pemain kebangsaan Brazil, Everton memberi bayangan bahawa dia berpeluang cerah untuk berhijrah ke Manchester United.

Pemain berusia 23 tahun itu percaya, aksi memukaunya di Copa America baru-baru ini telah mengukuhkan peluangnya untuk ke Old Trafford dari Gremio

“Saya merupakan pemain yang sentiasa dahagakan berada di atas. Mengatasi pihak lawan dari posisi kiri, dengan menggelecek sebelum menyudahkannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kelab di Eropah yang memiliki gaya permainan sebegini dan mungkin yang paling sesuai dengan saya adalah Manchester United serta lain-lain,” kata Everton.

Penyerang Brazil itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut namun berkata, dia buat masa ini mahu menumpukan perhatian dalam kempen Copa America bersama skuad kebangsaan.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini