73 individu ditahan terlibat dadah - Utusan Malaysia

73 individu ditahan terlibat dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sebanyak 73 individu ditahan selepas terlibat dalam pelbagai kesalahan berkaitan dadah dalam 22 serbuan Ops Sarang di sekitar Kota Kinabalu, Sabah sejak seminggu lalu.

Dalam operasi berakhir pada Kelmarin itu, kesemua suspek berusia 19 hingga 64 tahun ditahan di Kampung Air, Sinsuran, pekan Inanam, Kampung Likas, Sembulan dan Manggatal, Sabah.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, serbuan dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ujarnya, daripada jumlah yang ditahan, sebanyak 31 individu diberkas atas kesalahan memiliki dadah, manakala 40 lagi didapati positif dadah dan dua membabitkan bekalan dan pengedaran dadah.

“Daripada tangkapan itu, seramai 60 suspek warga tempatan dan 13 lagi warga asing.

“Sepanjang tempoh operasi itu, polis merampas 16.22 gram dadah jenis syabu dan 5.06 gram dadah jenis Ketamin. Nilai rampasan RM3,192 mengikut harga pasaran semasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Habibi, siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) akta sama.

Jelasnya, usaha membanteras pengedaran dan penagihan dadah di sekitar bandar raya diperhebat dari semasa ke semasa bagi kesejahteraan dan ketenteraman awam.

“Sebagai langkah untuk mengurangkan masalah penagihan, polis berjaya menahan seramai 41 penagih berulang sepanjang Januari hingga Jun 2019. Kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 39C(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini