JAKARTA 16 Jun – Empat suspek yang didakwa memulakan kebakaran dan merosakkan kenderaan Briged Gerakan Polis (Brimob) mengaku mereka dibayar pihak tertentu untuk melakukan perkara tersebut.
Detik News memetik Ketua Polis Jakarta Barat, Hengki Haryadi berkata, setiap seorang daripada empat suspek tersebut menerima bayaran sebanyak 300,000 rupiah (RM87) daripada pihak tertentu.
Jelas beliau, kesemua suspek berkenaan juga mengaku mereka pada mulanya diarahkan supaya menyertai tunjuk perasaan di kawasan Slipi di Jakarta Barat sebelum diminta memulakan rusuhan. – AGENSI
Memuatkan artikel berkaitan…











