Empat rangka rangka terakhir dibawa keluar petang ini - Utusan Malaysia

Empat rangka rangka terakhir dibawa keluar petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Empat lagi rangka tulang milik Orang Asli suku kaum Batek yang dilaporkan meninggal dunia akibat jangkitan wabak di Kampung Kuala Koh, Pos Lebir , Gua Musang akan dikeluarkan petang ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, proses pengeluaran terakhir itu dilakukan oleh pasukan forensik namun bergantung kepada keadaan cuaca hari ini.

Katanya, serpihan tulang itu dipercayai adalah mayat yang ‘dikebumikan’ secara adat atas pokok terbabit selepas kematian berlaku.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sekiranya berlaku hujan lebat dan mendatangkan risiko kepada pasukan forensik kita terpaksa memberhentikan sementara proses berkenaan.

“Jika keadaan cuaca baik proses pengeluaran dan pemindahan keluar rangka tulang tersebut akan dilakukan seperti biasa dan dijangka petang ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Polis Kontinjen Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, hari ini.

Hasanuddin berkata, proses berkenaan juga mengambil masa yang lama melibatkan kira-kira lima hingga enam jam berikutan perjalanan yang jauh dimana mereka terpaksa menaiki bot dan tidak termasuk proses penggalian serta pemindahan.

“Alhamdulillah kita telah menjumpai kesemua mayat yang sepertimana dilaporkan oleh Orang Asli yang melibatkan 12 mayat.

“Selepas dibawa keluar, pihaknya akan mengumpul kesemua tulang rangka dan badan mayat sebelum disahkan oleh waris berdasarkan sampel asid deoksiribonukleik ( DNA) oleh pihak Kementerian Kesihatan dan pasukan forensik,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini