19 PATI ditahan di Kota Kinabalu - Utusan Malaysia

19 PATI ditahan di Kota Kinabalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Polis menahan 19 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi yang dijalankan di lima lokasi sekitar bandar raya ini pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, dalam operasi bermula 10 malam hingga 2 pagi itu, kesemua ditahan berumur antara 12 hingga 52 tahun dan kesemua mereka akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959 dan 1963.

“Tumpuan lokasi operasi dijalankan adalah di sekitar Kota Kinabalu sebagai usaha membendung kadar pertumbuhan PATI yang boleh mengundang kepada kegiatan jenayah di bandar raya ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Operasi itu turut dibantu oleh agensi lain termasuk Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen serta Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan operasi berkenaan akan diteruskan pada masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Habibi, orang ramai dialu-alukan menyalurkan sebarang maklumat di balai polis berhampiran atau menerusi media sosial seperti Facebook Polis Kota Kinabalu dalam usaha membanteras jenayah, PATI, dadah dan gejala sosial negatif di sekitar bandar raya ini.- BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini