Shahidan gesa Menteri Besar jawab isu ahli politik elak bayar cukai - Utusan Malaysia

Shahidan gesa Menteri Besar jawab isu ahli politik elak bayar cukai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU – Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man menjawab dakwaan terdapat ahli politik membantu rakan-rakan serta individu berkepentingan dengan mereka untuk mengelak membayar cukai sehingga menyebabkan kerajaan negeri mengalami kerugian kira-kira RM26.4 juta setahun.

Memetik laporan Malaysiakini, Shahidan berkata, adalah menjadi kesalahan jika terdapat ahli politik campur tangan dalam soal berkenaan dan individu terbabit boleh dikenakan tindakan.

Susulan itu, katanya, beliau telah membuat aduan kepada Majlis Kerja Tertinggi UMNO bagi menyiasat dakwaan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jika perkara itu benar-benar berlaku maka tindakan sewajarnya perlu diambil.

“Kalau raja boleh beritahu nama cantiklah supaya kita boleh ambil tindakan kepada ahli politik yang menghalang pegawai kerajaan bertugas kerana ia satu kesalahan.

“Ahli politik itu siapa, wakil rakyat dari UMNO atau Pakatan Harapan (PH) kita tak tahu. Macam raja sebut terbuka itu tak bolehlah sebab tak tahu siapa (terlibat),” katanya kepada portal tersebut.

KERATAN akhbar Utusan Malaysia Jumaat lalu berhubung isu ahli politik
KERATAN akhbar Utusan Malaysia Jumaat lalu berhubung isu ahli politik didakwa mengelak membayar cukai. – UTUSAN ONLINE

Baru-baru ini, Utusan Malaysia melaporkan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail kesal dengan tindakan segelintir pemimpin parti politik di negeri ini yang menggunakan kedudukan bagi membantu rakan-rakan serta individu berkepentingan dengan mereka, untuk mengelak daripada membayar cukai.

Berikutan itu, titah baginda, kerajaan negeri kerugian kira-kira RM26.4 juta setiap tahun akibat perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut.

Titah baginda, sekiranya tidak berlaku perkara sedemikian, kerajaan negeri sepatutnya mampu memperolehi sebanyak RM128.9 juta melalui penguatkuasaan cukai.

Baginda walau bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut ahli politik yang terlibat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini