Berjihad ke jalan Allah satu kewajipan - Utusan Malaysia

Berjihad ke jalan Allah satu kewajipan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Berjihad ke jalan Allah SWT bukan tugasan yang boleh dipilih sama ada hendak dilakukan atau sebaliknya tetapi merupakan kewajipan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT kepada umatnya.

Ketua Dewan Muslimat Pas, Nuridah Mohd. Salleh berkata, sehubungan itu, sebagai umatnya, orang Islam perlu patuh kepada kewajipan itu yang ditetapkan Allah SWT.

“Marilah kita bersama-sama bekerjasama, berpimpin tangan dalam jemaah yang kita kasihi ini, untuk kita memberikan jawapan kepada Allah SWT di hari akhirat kelak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita juga telah dinyatakan oleh Allah SWT bahawa tugasan ini bukan laluan yang mudah dan yang berselera oleh hawa nafsu kita, percayalah apa yang kita lalui ini sekejap sahaja jika dibandingkan dengan apa yang dijanjikan Allah SWT,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penangguhan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Pas Kali Ke-59 di Bukit Gambang Resort City (BGRC) di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini