Empat Orang Asli di Rembau positif Influenza B - Utusan Malaysia

Empat Orang Asli di Rembau positif Influenza B

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Keputusan siasatan awal sampel sapuan tekak (throat swab) ke atas lima Orang Asli yang dimasukkan ke Hospital Tampin dua hari lepas mendapati empat daripada mereka positif Influenza B.

Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Datuk Dr. Zainudin Mohd. Ali dalam kenyataan di sini, hari ini berkata, bagaimanapun kesemua mereka beransur pulih.

“Di tapak rumah kongsi di Rembau juga yang sembilan orang sebelum ini diberikan rawatan juga bertambah baik. Tiada kes baharu dan kematian direkodkan, bagaimanapun pemantauan berterusan akan diteruskan jabatan itu,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada 13 Jun lepas, media melaporkan seramai 14 orang penghuni rumah kongsi di Kampung Kendong Baru di Kota, Rembau disahkan dijangkiti wabak Influenza Like Illness (ILI).

Daripada jumlah itu, lima Orang Asli dimasukan ke wad di Hospital Tampin untuk rawatan manakala baki sembilan orang lagi iaitu empat Orang Asli, tiga warga Bangladesh dan dua warga Indonesia telah diberikan rawatan sebagai pesakit luar semasa saringan kesihatan dijalan di rumah kongsi terbabit.

Zainudin berkata, bagaimana pun kes yang berlaku di Rembau tiada kaitan dengan wabak yang berlaku di Gua Musang, Kelantan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini