Rokok seludup RM2.15 juta dirampas - Utusan Malaysia

Rokok seludup RM2.15 juta dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan rokok yang bergiat aktif di sekitar Lembah Klang dengan merampas lebih 15,000 karton rokok pelbagai jenama dalam satu tangkapan di Nilai, Negeri Sembilan, semalam.

Pengarah JKDNKA Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, dalam tangkapan itu, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 36 tahun serta turut merampas sebuah lori yang membawa 15,640 karton rokok seludup bernilai lebih RM2.15 juta.

“Op Asap dijalankan Bahagian Perisikan dan Siasatan Khas JKDNKA Bukit Aman itu dibuat berdasarkan maklumat disalurkan orang awam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasil semakan awal mendapati, suspek yang ditahan mempunyai rekod lampau bersabit kes jenayah kekerasan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Acryl Sani, nilai keseluruhan rampasan termasuk sebuah lori Daihatsu dianggarkan berjumlah lebih RM2.22 juta. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini