Haziq Abdullah dibebas dengan jaminan polis - Utusan Malaysia

Haziq Abdullah dibebas dengan jaminan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Haziq Abdullah Abdul Aziz yang mengaku terlibat dalam video intim bersama lelaki mirip seorang menteri dilepaskan dengan jaminan polis hari ini.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad berkata, lelaki itu dilepaskan kira-kira pukul 5.45 petang di Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini hari ini.

Terdahulu, Haziq Abdullah yang bergari tiba di IPD berkenaan pada kira-kira 4.30 petang diringi beberapa anggota polis.

Semalam, Haziq Abdullah, 27, yang dijadual berlepas ke Manila, berdasarkan tiket penerbangannya, ditahan sepasukan pegawai dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman bagi membantu siasatan.

Beliau ditahan ketika berada di Balai Perlepasan Antarabangsa, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.- UTUSAN ONLINE

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini