Video lucah: Haziq dibawa ke IPD Dang Wangi - Utusan Malaysia

Video lucah: Haziq dibawa ke IPD Dang Wangi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Haziq Abdullah Abdul Aziz dilihat memasuki pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kira-kira pukul 4.30 petang tadi dipercayai untuk proses pembebasannya.

Beliau hadir ke sana dengan menaiki sebuah kereta rasmi polis jenis Proton Preve berwarna kelabu dan diiringi oleh beberapa pegawai polis.

Peguam beliau, Ramesh Sivakumar yang ditemui berkata, pihaknya belum dapat bertemu dengan Haziq Abdullah lagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami belum dapat memastikan sama ada dia akan dibebaskan atau direman.

“Biar saya masuk ke dalam balai terlebih dahulu,” katanya di sini hari ini.

Pagi tadi, Haziq Abdullah telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini