Tiga juta warga Indonesia di Malaysia - Utusan Malaysia

Tiga juta warga Indonesia di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kira-kira tiga juta warga Indonesia tinggal di negara ini untuk memenuhi keperluan pelbagai sektor ekonomi.

Selain keperluan dalam pekerjaan jumlah warga negara jiran itu di Malaysia dilaporkan meningkat dalam bidang pendidikan dan pelancongan.

Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Rusdi Kirana memberitahu, peningkatan itu menandakan kekukuhan hubungan baik antara negara ini dengan Indonesia dalam usaha meningkatkan ekonomi dua hala.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kira-kira tiga juta jumlah terkini warga Indonesia di sini membuktikan saling kebergantungan antara dua negara dalam pelbagai sektor terutama ekonomi dan pendidikan.

“Situasi ini harus dilihat secara positif dengan mengenepikan perbezaan kecil yang mungkin wujud supaya kebaikannya dapat dimanfaatkan oleh kedua-dua negara,” katanya kepada pemberita dalam sambutan ‘Rumah Terbuka Idul Fitri’ di Wisma Duta Besar Indonesia hari ini.

Kira-kira 500 tetamu termasuk wakil daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kedua-dua negara serta organisasi pendidikan Indonesia hadir ke majlis sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri itu.

Dalam pada itu, beliau turut mengulas kedudukan ekonomi Indonesia disebalik perang dagang antara China dan Amerika Syarikat.

Menurut Rusdi, ekonomi Indonesia terus berkembang dan turut diiktiraf oleh agensi penarafan seperti Standard and Poor’s, Moody’s dan Fitch Rating.

“Antara kelebihan yang dimiliki Indonesia adalah permintaan domestik tinggi membolehkan ekonominya terus berkembang dengan pembangunan infrastruktur nasional yang pesat.

“Malah, menurut laporan IMD World Competitiveness Centre yang berpengkalan di Switzerland turut kedudukan kebolehsaingan Indonesia meningkat ke tangga 32 berbanding 43 pada 2018,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini