Tuanku Muhriz berangkat ke Rumah Terbuka Aidilfitri kerajaan negeri - Utusan Malaysia

Tuanku Muhriz berangkat ke Rumah Terbuka Aidilfitri kerajaan negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini berangkat ke Rumah Terbuka Aidilfitri kerajaan negeri di Dewan Majlis Perbandaran Seremban dekat sini.

Baginda diiringi oleh Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.

Ketibaan Tuanku Muhriz dan Tuanku Aishah Rohani disambut Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dan isteri, Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof.

Memuatkan artikel berkaitan…

Majlis itu turut dihadiri Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri.

Yang turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan para Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri serta pegawai kanan kerajaan.

Menurut Aminuddin, lebih 20,000 orang yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat hadir bagi memeriahkan rumah terbuka itu.

“Mereka menikmati pelbagai hidangan yang disajikan serta mengambil kesempatan merapatkan hubungan dengan bersalaman dan berbual.

“Kerajaan negeri mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini