Panik halang Felda raih kemenangan besar - Utusan Malaysia

Panik halang Felda raih kemenangan besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN – Perasaan panik yang menghantui pasukan Felda United menghalang The Fighters untuk menang besar semasa bertemu PKNS dalam saingan Liga Super di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka di sini, semalam.

Ketua jurulatihnya Mohd. Nidzam Jamil yang mengakui perkara itu berkata, perasaan panik juga nyaris menyebabkan mereka kehilangan tiga mata yang amat berharga bagi membaiki kedudukan pasukan.

“Kita sepatutnya berupaya mengakhiri perlawanan dengan kemenangan besar jika situasi panik tidak berlaku…apa pun saya bersyukur Felda United menang dan paling penting kita dapat berganjak daripada kedudukan bawah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ketika kita mendahului pada kedudukan 5-1, kita sepatutnya ‘kill the game’…tetapi semua panik termasuk saya yang sehinggakan apabila mahu menukar pemain, kita berfikir macam-macam,” katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan.

Pada perlawanan itu, Felda United mencatatkan kemenangan keduanya musim ini, selepas menang tipis 5-4 terhadap PKNS menerusi jaringan Thiago Junio De Aquino pada minit keempat, kapten Hadin Azman (m-44), Faiz Mazlan (m-47) dan dua gol pemain kebangsaan Singapura, Khairul Amri Kamal pada minit ke-51 dan 55. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini