Mesyuarat Agung KLFA dikawal polis - Utusan Malaysia

Mesyuarat Agung KLFA dikawal polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Agung Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (PBKL) di sini hari ini berlangsung di bawah kawalan beberapa anggota polis yang hadir di luar dewan.


Ini bagi tujuan melancarkan perjalanan mesyuarat yang sedikit tegang berikutan terdapat ahli gabungan tidak dibenarkan masuk.


Difahamkan terdapat sembilan ahli gabungan digugurkan keahlian dan tidak layak menghadiri mesyuarat kali ini.
Bagaimanapun mereka tetap datang tetapi tidak dibenarkan masuk oleh pegawai bawahan KLFA yang mengadakan kawalan ketat di pintu masuk dewan. 


Memuatkan artikel berkaitan…

Ini menyebabkan beberapa wakil ahli gabungan yang diketepikan itu mengadakan sidang akhbar di depan dewan persidangan bagi melahirkan rasa tidak puas hati mereka.


Berlaku sedikit salah faham ketika sidang akhbar itu diminta dihentikan serta merta oleh kakitangan KLFA yang berkawal di luar dewan. UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini