‘Kalau ada nilai diri, Azmin tahu apa perlu dilakukan’ - Utusan Malaysia

‘Kalau ada nilai diri, Azmin tahu apa perlu dilakukan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU – Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang terpalit dengan kontroversi video lucah perlu mengambil pendirian yang betul dalam berdepan isu tersebut.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sekiranya Mohamed Azmin mempunyai nilai diri sudah tentu beliau tahu tindakan yang wajar dilakukannya ketika ini.

“Isu ini berkaitan moral, kalau dia ada nilai diri dia sepatutnya tahu apa yang perlu dilakukan, kita tak boleh paksa (beliau bercuti). Yang boleh ambil tindakan adalah kerajaan kerana dia menteri Kabinet.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Perdana menterilah yang akan memutuskan keanggotan dalam Kabinet. Pandangan saya, kalau beliau ada nilai diri, beliau kena ambil tindakan tepat untuk mengatasi isu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjurannya di Kampung Tanjung, Rantau di sini hari ini.

Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Rantau berkata demikian ketika mengulas gesaan beberapa pihak supaya Mohamed Azmin bercuti rehat daripada tugas rasminya ekoran isu video tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini