Dua peniaga rugi kira-kira RM80, 000, kedai rosak dihempap pokok - Utusan Malaysia

Dua peniaga rugi kira-kira RM80, 000, kedai rosak dihempap pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Dua peniaga kerugian kira-kira RM80,000 apabila kedai mereka di Jalan Meru dekat sini, rosak teruk dihempap pokok besar dalam kejadian awal pagi ini.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 2 pagi ini dalam cuaca angin kencang dan hujan lebat, merosakkan tiga lot kedai di kawasan berkenaan.

Menurut S.Paramesivam, 62, kejadian itu menyebabkan kedai motor dan sebuah setor miliknya rosak teruk.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebuah lori yang diletakkan di hadapan kedai turut rosak dihempap pokok terbabit,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.

Paramesivam yang tinggal di Taman Gembira Batu 6 dekat sini memberitahu, dia tahu kejadian itu apabila dihubungi adiknya yang lalu di situ ketika pulang dari tempat kerja kira-kira pukul 2 pagi.

Dia menganggarkan kerugian antara RM50, 000 hingga RM60,000 dan berharap kerajaan dapat melakukan sesuatu membantunya.

Sementara itu, peniaga restoran, Tanes Prasat, 29, memberitahu, banyak barangan di restorannya musnah dan rosak teruk akibat dihempap pokok dan terkena air hujan.

Dia yang menyewa premis berkenaan sebanyak RM1, 500 sebulan memberitahu, kejadian dimaklumkan oleh pakciknya yang lalu di situ.

“Pakcik hubungi saya beritahu pokok tumbang atas restoran. Banyak barangan pecah dan rosak. Dalam kedai banjir akibat hujan lebat,” katanya yang mendakwa kerugian lebih RM20, 000 akibat kejadian itu.

Menurut Tranes, hujung bulan lalu sebahagian pokok berkenaan tumpang ke arah jalan dan merosakkan dua buah kenderaan.

Jelasnya, dia dan peniaga di situ telah meminta pihak Majlis Perbandaran Klang (MPK) untuk menebang pokok berkenaan selepas insiden pada 27 Mei lalu, namun tiada tindakan sehinggalah kejadian hari ini.

Dia yang telah enam bulan berniaga di situ berharap pihak kerajaan dalam melakukan sesuatu membantu mereka yang terjejas pendapatan akibat kejadian itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini