Taylor bantu England ke pusingan 16 akhir - Utusan Malaysia

Taylor bantu England ke pusingan 16 akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LE HAVRE, Perancis 15 Jun – Gol tunggal Jodie Taylor telah membantu skuad bola sepak wanita England mara ke peringkat 16 terbaik selepas menewaskan Argentina 1-0 dalam saingan Kumpulan D, di Piala Dunia Wanita, hari ini.

Kini England yang mengumpul enam mata dari dua perlawanan berjaya mengiringi Perancis, Jerman dan Itali ke pusingan kalah mati.

Kata Taylor, dia amat gembira dengan keputusan perlawanan tersebut dan akui tidak sabar untuk meneruskan aksi seterusnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagi saya dalam perlawanan ini kesabaran adalah kunci kepada kemenangan ini.

“Dalam perlawanan ini kami berdepan pertahanan hebat lawan dan hampir hampa namun hari ini kami sudah layak dan ia amat berbaloi,” katanya

Gol tunggal Taylor hadir pada minit ke-62 selepas menyudahkan hantaran lintang dari Beth Mead.

Sementara itu, Jepun meraih empat mata selepas membenam Scotland 2-1 sekali gus menyempitkan laluan Scotland yang gagal meraih sebarang mata selepas dua perlawanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini