England, Itali pasukan terbaru ke pusingan kedua - Utusan Malaysia

England, Itali pasukan terbaru ke pusingan kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LE HAVRE, Perancis – England dan Itali menjadi pasukan terbaharu paling awal layak ke pusingan kedua Piala Dunia Wanita selepas mencatat kemenangan kedua berturut-turut di peringkat kumpulan awal hari ini.

Kedua-dua pasukan ini kini menyertai Perancis dan Jerman untuk mara ke kelompok 16 terbaik berikutan kejayaan Itali membelasah Jamaica 5-0 dalam aksi Kumpulan C manakala England menang tipis 1-0 ke atas Argentina dalam Kumpulan D

Ini juga bermakna tuan rumah, Brazil wajib menang ke atas Itali dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan selepas ini jika tidak mahu tersingkir awal selepas tewas mengejut 2-3 kepada Australia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Begitu juga dengan juara 2011, Jepun yang terdahulu menang 2-1 ke atas Scotland. Bertemu England di perlawanan terakhir peringkat kumpulan Rabu ini bermakna mereka perlu menang selepas hanya mampu seri tanpa jaringan dengan Argentina sebelum ini.

Pada aksi awal hari ini, jaringan tunggal Jodie Taylor pada minit ke-61 sudah cukup buat skuad bimbingan Phil Neville layak awal dan meletakkan England berpotensi besar untuk muncul juara kumpulan.

Menang ke atas Jepun bermakna mereka dapat mengelak daripada bertemu juara Eropah, Belanda di pusingan kedua nanti.

Sementara itu hatrik Cristiana Girelli, 29, membantu Itali menjinakkan Jamaica dengan mudah walaupun jaringan pertamanya mendapat bantuan video pembantu pengadil (VAR) yang cukup kontroversi.

Bagaimanapun dua golnya selepas itu menutup mulut pengkritik tentang keupayaannya sekaligus menjadi pemain kedua Itali pernah melakukan hatrik di Piala Dunia. Dua gol Itali selepas itu disumbangkan pemain gantian, Aurora Galli. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini