Orang Asli Kuala Koh: Jumlah pesakit meningkat kepada 112 orang - Utusan Malaysia

Orang Asli Kuala Koh: Jumlah pesakit meningkat kepada 112 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG – Jumlah Orang Asli suku Batek yang dijangkiti penyakit tidak diketahui puncanya meningkat seramai sembilan pesakit kepada 112 orang pada semalam berbanding 103 orang pada Khamis lepas.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Dr. Zaini Hussin berkata, empat pesakit masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), masing-masing seorang di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) dan tiga pesakit di Hospital Kuala Krai (HKK).

“Sementara itu, seramai 48 pesakit dirawat di wad biasa di HKK dan Hospital Gua Musang (HGM) manakala 19 pesakit ditempatkan di Rumah Inap Kesihatan Orang Asli (RIKA) Gua Musang di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Baki 41 pesakit pula telah menerima rawatan sebagai pesakit luar,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, statistik tersebut hanya merangkumi dua kematian yang telah disahkan sahaja dan tidak membabitkan 12 kematian yang lain.

Masyarakat Orang Asli suku Batek mula menjadi perhatian selepas 14 daripada mereka dilaporkan meninggal dunia akibat jangkitan penyakit yang tidak diketahui puncanya.

Namun hasil bedah siasat terhadap dua mayat sebelum ini mendapati mangsa meninggal dunia akibat jangkitan radang paru-paru (pneumonia). – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini