Wanita hamil patah kaki terjatuh ke dalam sungai cetek - Utusan Malaysia

Wanita hamil patah kaki terjatuh ke dalam sungai cetek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Seorang wanita hamil lapan bulan berhadapan detik-detik cemas apabila dia terjatuh ke dalam Sungai Kinta, Tanjung Rambutan di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pada pukul 9.50 malam itu, mangsa yang berusia 18 tahun itu mengalami kecederaan patah kaki kanan selepas terjatuh ke dalam sungai yang mempunyai kedalaman 0.5 meter dan dipenuhi batu. 

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Mohd. Fakhrulrazi Johari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada pukul 9.53 malam sebelum sepasukan sembilan anggota bergegas ke tempat kejadian. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tiba di lokasi, mangsa telah pun diselamatkan oleh suaminya dan dia berada dalam keadaan kesakitan di tebing sungai. 

“Anggota kemudian memberikan rawatan kecemasan awal kepada mangsa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi. 

Tambah Mohd. Fakhrulrazi, mangsa seterusnya dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk rawatan lanjut. 

“Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 10.47 malam,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini