IPOH – Seorang wanita hamil patah kaki selepas jatuh ke dalam sungai cetek berkedalaman 0.5 meter yang dipenuhi dengan batu dari sebuah jambatan di Tanjung Rambutan di sini semalam.
Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Fakrulrazi Johari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada pukul 9.53 malam.
Beliau berkata, apabila jentera bomba tiba di lokasi kejadian, mangsa telah berjaya diselamatkan oleh suaminya.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Mangsa mengalami kecederaan patah kaki. Oleh itu, anggota bomba telah bertindak memberikan rawatan awal.
“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











