Mahathir mulakan lawatan kerja tiga hari ke UK - Utusan Malaysia

Mahathir mulakan lawatan kerja tiga hari ke UK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tiba di London pada Jumaat untuk lawatan kerja tiga hari ke United Kingdom, diiringinya isterinya, Tun Dr, Siti Hasmah Mohd Ali.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan beberapa pegawai telah tiba lebih awal pada Jumaat untuk mengiringi Mahathir dalam lawatan kerja itu.

Menurut para pegawai Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sini,  atucara pertama lawatan beliau ialah mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil Majlis Pelajar Malaysia di United Kingdom dan Eire (Ireland)(UKEC) pada pagi Sabtu di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada sebelah petang, Perdana Menteri akan melawat Galeri Dunia IslamYayasan Al-Bukhary yang baharu di Muzium British di Bloomsbury, di sini.

Galeri itu yang ditubuhkan dengan sokongan Yayasan Al Bukhary dari Malaysia kini sedang membantu Muzium British mengatur semula pameran koleksi-koleksi penting warisan Islam, dan mencerminkan hubungan antara kebudayaan Islam dengan Dunia Purba di satu pihak, dan Kebudayaan Dunia Mediterranean dan Eropah di pihak yang lain. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini