Pemuda maut motosikal ditunggangi nahas di LPT 2 - Utusan Malaysia

Pemuda maut motosikal ditunggangi nahas di LPT 2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN – Seorang pemuda maut apabila motosikal yang ditunggangi hilang kawalan dan terbabas di Kilometer 326 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) sebelum susur keluar ke Plaza Tol Paka dekat sini malam tadi.

Mangsa, Muhammad Nur Afifi Abdul Rahman, 23, dari Taman Mesra 3, Jalan Balai Besar, Dungun meninggal dunia di tempat kejadian akibat pendarahan pada muka.

Timbalan Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Mohd. Haki Hasbullah berkata, kemalangan kira-kira pukul 9.40 malam itu berlaku sewaktu mangsa dalam perjalanan dari arah Kuantan menghala ke Felda Kuala Terengganu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, setibanya di tempat kejadian, motosikal Yamaha Y15 milik mangsa hilang kawalan dan terbabas.

“Akibat kemalangan itu mangsa mengalami cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian, “ katanya di sini hari ini.

Mohd. Haki berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini