KUALA LUMPUR – Gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter melanda Laut Banda pada pukul 4.10 pagi ini.
Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan berkata gempa dengan kedalaman 137 kilometer (km) itu dilaporkan pada koordinat 6.0 selatan dan 130.9 timur pada jarak 391km tenggara dari Ambon, Indonesia.
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu lagi. – Bernama
Memuatkan artikel berkaitan…











