Saya dah jadi ayah - Abam Bocey - Utusan Malaysia

Saya dah jadi ayah – Abam Bocey

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pelakon, Abam Bocey, 31, kini sudah bergelar seorang ayah.

Berkongsi kisah gembira ini melalui laman sosial Instagram miliknya, Abam memberitahu isterinya Siti Norhidayah Mohd Ali, 28, selamat melahirkan anak lelaki mereka pada pukul 2.30 petang semalam di Hospital Selayang.

“Alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan anak lelaki. Allahuakbar… Allahuakbar!!! Terima kasih yang sudi mendoakan keselamatan isteri dan anak saya,” tulisnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan turut berkongsi gambar anak sulungnya itu.

Dalam masa yang sama Abam juga tidak lupa menyatakan rasa terima kasihnya kepada pasukan doktor dan jururawat yang membantu isterinya

“Terima kasih jururawat dan doktor di Hospital Selayang. Anda semua terbaik. Alhamdulillah, Subhanallah… Masya-Allah,” katanya lagi.

Sementara itu Abam dan Siti Norhidayah yang diijabkabulkan pada 8 Disember 2017 pernah berkongsi dengan Utusan Online untuk menjadi ibu bapa yang bersederhana dalam membesarkan zuriat mereka. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini