Perak panjat dua anak tangga - Utusan Malaysia

Perak panjat dua anak tangga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KELANA JAYA – Perak menaiki dua anak tangga untuk menghuni tempat keenam selepas menang 1-0 ke atas Petaling Jaya City FC (PJ City FC) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), di sini sebentar tadi.

Gol tunggal daripada skuad Bos Gaurus hadir menerusi pemain import dari Brazil, Ronaldo Henrique Silva pada minit ke-19.

Terdahulu, PJ City FC terpaksa beraksi dengan 10 pemain setelah kapten pasukan, S. Subramaniam diperintah keluar padang kerana mengutip kad kuning kedua pada minit ke-67.

Memuatkan artikel berkaitan…

PJ City kini menduduki tempat kesembilan dengan pungutan 17 mata. UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini