JENGKA – Selepas tiga bulan, Felda United akhirnya menikmati nikmat kemenangan apabila menewaskan PKNS FC 5-4 di Stadium Tun Abdul Razak, di sini sebentar tadi.
Kelima-lima gol itu dijaringkan Thiago Aquino pada minit kelima, diikuti Hadin Azman (m-45), Faiz Mazlan (m-48), Khairul Amri (m-51, m-55).
Jaringan PKNS pula disumbangkan Kpah Sherman pada minit ke-16, disusuli Tamerlan Kozubaev (m-60), Jafri Chew (m-72) dan Rodney Celvin (m-82).
Kali terakhir skuad The Fighters memungut tiga mata adalah pada 2 Mac lalu apabila mengatasi Petaling Jaya FC 1-0.
PKNS FC kini menduduki tangga kelapan dengan pungutan 19 mata, manakala Felda kekal di tempat tercorot (12 mata) selepas menang dua, seri enam dan tewas tujuh.- UTUSAN ONLINE











