Presiden Chile umum rombakan Kabinet - Utusan Malaysia

Presiden Chile umum rombakan Kabinet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANTIAGO 14 Jun -Presiden Chile, Sebasan Pinera mengumumkan rombakan Kabinet bagi menggantikan enam menteri, selepas sokongan terhadap kerajaan pentadbirannya semakin berkurangan, lapor agensi berita Xinhua.

Rombakan Kabinet itu menyaksikan Teodoro Ribera, seorang peguam dan bekas Menteri Keadilan dilantik sebagai Menteri Luar Negeri yang baharu menggantikan Roberto Ampuero sementara

Menteri Kerja Raya, Juan Andres Fontaine dilantik sebagai Menteri Ekonomi, menggantikan Jose Ramon Valente.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Memimpin sering menjadi tugas yang sukar, apatah lagi ketika berlaku konfrontasi dan ekonomi dunia yang lembab,” kata Pinera selepas membuat pengumuman itu.

Selain itu beberapa muka baharu turut dilantik memegang portfolio Menteri Kesihatan, Menteri Kerja Raya, Menteri Tenaga dan Pembangunan Sosial dan Tenaga.-

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini