Kedah, Pahang berkongsi mata - Utusan Malaysia

Kedah, Pahang berkongsi mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Kedah dan Pahang terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata selepas meraih keputusan seri 0-0 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Darul Aman, malam ini.

Sebaik wisel permulaan ditiupkan, kedua-dua pasukan saling melancarkan serangan bertali arus namun kekentalan benteng pertahanan masing-masing menggagalkan sebarang usaha untuk menembusi gawang gol.

Seawal minit ketiga, skuad Lang Merah berpeluang mencipta jaringan pertama namun rembatan Farhan Roslan yang melakukan tindakan susulan daripada sepakan percuma berjaya didakap kemas Helmi Eliza Elias.

Memuatkan artikel berkaitan…

Penyokong tuan rumah hampir dikejutkan oleh pemain tengah Tok Gajah, Safuwan Baharudin yang melakukan tendangan bebas daripada luar kotak penalti pada minit ke-30, namun sepakan itu sedikit melewati palang ketika Ifwat Akmal Che Kassim sudah tertewas.

Penyerang Kedah, Fernando Rodriguez turut memiliki dua peluang pada minit ke-40 dan ke-42, namun Helmi Eliza yang tenang mengawal pintu gol Pahang berjaya menggagalkan percubaan.

Memasuki separuh masa kedua, aksi seimbang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan dengan pemain import Pahang, Lazarus Kaimbi terlebih dahulu menguji pintu gol Kedah pada minit ke-46.

Bagaimanapun, tiada jaringan dihasilkan sehingga perlawanan tamat dengan keputusan seri 0-0.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini