73 Laluan tikus dikenal pasti sepanjang sempadan Narathiwat - Utusan Malaysia

73 Laluan tikus dikenal pasti sepanjang sempadan Narathiwat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NARATHIWAT 14 Jun – Pihak Keselamatan Thailand mengenal pasti sekurang-kurangnya 73 laluan tikus di sempadan Narathiwat, Thailand dan Kelantan, Malaysia.

Komander Tentera Bahagian Keempat, Leftenan Jeneral Pornsak Poolsawat berkata pihak berkuasa Thailand akan meningkatkan kawalan di sempadan sepanjang kira-kira 95 kilometer di daerah Sungai Golok, Sukhirin, Waeng dan Tak Bai di Daerah Narathiwat bersempadan dengan Kelantan dalam usaha membanteras aktiviti penyeludupan rentas sempadan.

“Laluan tikus itu sering digunakan kumpulan sindiket penyeludupan dan selain itu, kumpulan anggota bersenjata juga menggunakan laluan tikus untuk melarikan diri dari pihak berkuasa Thailand.

Memuatkan artikel berkaitan…

‘Pihak keselamatan akan mempergiatkan rondaan dan kawalan di kawasan-kawasan yang dikenalpasti bagi mengekang aktiviti penyeludupan,” katanya.

Beliau juga menyaran penduduk tempatan di sepanjang sempadan itu agar tidak lagi menggunakan laluan tikus tersebut. -BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini