BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 15 JUN 2019 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 15 JUN 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AWANG turut berasa sedih apabila Datuk Lee Chong Wei mengumumkan persaraannya dari arena badminton. Bagaimanapun seperti mana kata wira negara itu keputusan sukar itu dibuat demi mengutamakan kesihatannya.

Oleh itu walaupun berat, kita harus merelakan 
Chong Wei berehat setelah 19 tahun tanpa mengenal penat lelah berjuang untuk negara di gelanggang badminton. Secara jujurnya tiada apa lagi yang 
harus kita tuntut daripada anak kelahiran 
Bagan Serai, Perak itu.

Chong Wei sudah berkorban segala-galanya demi mengharumkan nama Malaysia di persada dunia. Tidak ada individu yang tidak mengenal Chong Wei – pejuang badminton yang sentiasa merendah diri dan mempunyai semangat juang tinggi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagi Awang, Chong Wei adalah pemain badminton luar biasa. Beliau dihormati kawan dan lawan. Nama beliau akan terpahat dalam dunia sukan negara sebagai legenda. Entah bila pula kita akan dapat menyaksikan pemain badminton seperti beliau.

Apa yang pasti bakat Chong Wei tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Mungkin beliau ada keterbatasan dari segi kesihatan tetapi Awang yakin semangat beliau untuk terus membantu negara dari luar gelanggang tidak akan terbatas.
 

AWANG – Terima kasih Chong Wei.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini