KUANTAN 14 Jun – Dua wanita dan seorang kanak-kanak perempuan maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Saga dan Chery di Kampung Cherok Paloh dekat sini petang ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri berkata, kemalangan kira-kira pukul 4 petang itu turut mengakibatkan empat orang lagi cedera termasuk seorang kritikal.
“Empat mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Pekan manakala dua wanita dan seorang kanak-kanak perempuan yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.
Memuatkan artikel berkaitan…
Butiran lengkap mangsa dan kejadian bagaimanapun belum diperoleh. – UTUSAN ONLINE











