KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia rendah ketika mengakhiri dagangan pada Jumaat seiring dengan beberapa bursa serantau utama berikutan kekurangan sokongan belian dan penurunan dalam saham mewah terpilih, kata peniaga.
Penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup 5.11 mata lebih rendah kepada 1,638.63 berbanding 1,643.74 ketika ditutup pada Khamis.
Indeks barometer itu, yang dibuka 5.68 mata lebih tinggi pada 1,649.42 pagi ini, bergerak antara 1,636.32 dan 1,649.57 sepanjang hari.
Lingkungan pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 498 berbanding 288, manakala 356 kaunter tidak berubah, 738 kaunter tidak diniagakan dan 34 yang lain digantung.
Jumlah dagangan berkurangan kepada 1.75 bilion unit bernilai RM1.67 bilion daripada 2.04 bilion unit bernilai RM1.98 bilion yang dicatatkan pada Khamis. -BERNAMA











