Industri pelancongan kekal di landasan kukuh - Utusan Malaysia

Industri pelancongan kekal di landasan kukuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Industri pelancongan dan kebudayaan negara kekal berada di landasan yang kukuh.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, permintaan terhadap pengembaraan dan penerokaan budaya, makanan serta destinasi baharu tidak berkurangan meskipun negara berdepan dengan cabaran ekonomi global tidak menentu.

“Ini terbukti apabila kedatangan pelancong asing ke negara ini merekodkan kenaikan 2.7 peratus bagi suku tahun pertama tahun ini dengan 6.69 juta pelancong berbanding 6.52 juta bagi tempoh sama tahun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagi mengekalkan semangat jati diri dan identiti bangsa Malaysia, kementerian telah menyenaraikan pelbagai program seni budaya melalui jabatan dan agensi antaranya Festival Kraf, Hari Kraf Kebangsaan, Pesta Angin Timur, Festival Permainan Malaysia@Kuala Lumpur serta program kebudayaan dan kesenian lain bagi memaparkan budaya dan cara hidup masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majls Ramah Mesra Aidilfitri bersama warga Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta penggiat industri, di sini hari ini.

Majlis tersebut dimeriahkan dengan kehadiran hampir 3,000 tetamu termasuk beberapa agensi di bawah kementerian.

Dalam pada itu Mohamaddin turut mengingatkan kepada semua kakitangan serta agensi dibawah kementerian untuk giat mempromosikan destinasi pelancongan dan memaparkan keunikan budaya Malaysia agar dapat menarik lebih ramai pelancong asing melawat negara ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini