SPRM kunjungi TM untuk dapatkan maklumat - Utusan Malaysia

SPRM kunjungi TM untuk dapatkan maklumat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA – Telekom Malaysia Bhd. (TM) mengesahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ada mengunjungi ibu pejabat syarikat telekomunikasi itu di Kuala Lumpur semalam bagi mengumpul dan mendapatkan maklumat.

“Ya, saya sahkan SPRM memang ada mengunjungi ibu pejabat TM semalam,” kata Ketua Pegawai Operasi, Imri Mokhtar yang ditemui pemberita selepas majlis menandatangani ikrar mesra pelanggan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di sini, hari ini.

Imri menegaskan bahawa TM komited memberi kerjasama sepenuhnya untuk menyalurkan sebarang maklumat yang diperlukan SPRM.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ditanya mengenai tujuan kunjungan SPRM itu, Imri berkata, adalah lebih adil dan baik untuk memastikan siasatan diteruskan terlebih dahulu.

Kunjungan SPRM ke ibu pejabat TM itu berlaku pada hari yang sama Datuk Noor Kamarul Anuar Nuruddin diumumkan sebagai ketua pegawai eksekutif kumpulan, pengarah urusan dan pengarah eksekutif yang baharu. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini