Penggantungan Abibullah dilanjutkan sebulan lagi - Utusan Malaysia

Penggantungan Abibullah dilanjutkan sebulan lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Tempoh penggantungan perkhidmatan Ketua Pengarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim), Datuk Abibullah Samsudin dilanjutkan selama sebulan lagi.

ABIBULLAH SAMSUDIN
ABIBULLAH SAMSUDIN 

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yapeim, Datuk Dr. Mohd. Daud Bakar berkata, penggantungan yang sepatutnya berakhir 12 Jun lalu telah dilanjutkan sehingga 12 Julai ini.

Beliau menjelaskan, tindakan yang diambil itu tertakluk kepada pelaksanaan dan proses siasatan dalaman untuk disempurnakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Penggantungan tugas Abibullah dilanjutkan bagi membolehkan Yapeim menyiasat kes tersebut secara telus, adil dan saksama serta melindungi kepentingan kedua-dua pihak terbabit sebelum sebarang keputusan diambil.

“Tindakan menggantung tugas atau perkhidmatan oleh majikan adalah amalan biasa bagi tujuan siasatan salah laku untuk tangani masalah tatatertib dan disiplin serius seperti mana diperuntukkan di bawah seksyen 14(2) Akta Pekerjaan 1955,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, tambah Mohd. Daud, bagi melicinkan tadbir urus institusi, Pengarah Pengurusan Strategik Yapeim, Parihah Hasan yang dilantik sebagai Pemangku Ketua Pengarah Yapeim sebelum ini turut dilanjutkan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini