KUALA LUMPUR – Seramai 100 kanak-kanak Pusat Jagaan Kebajikan Budimas Orion, Senawang dekat sini menghadiri bengkel pengekodan dan robotik baru baru ini.
Bengkel anjuran pembuat komputer peribadi terbesar dunia, Lenovo Group Ltd. (Lenovo) dengan Yayasan Budimas itu melibatkan kanak-kanak berumur enam hingga 17 tahun.
Lenovo dalam satu kenyataan memberitahu, penganjuran bengkel itu bertujuan bagi memberi pengalaman dan pendedahan kepada pembelajaran digital dan robotik.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Selain itu, kami juga menderma sebanyak sepuluh unit komputer kepada pusat jagaan tersebut agar ia dapat dimanfaatkan oleh penghuni di situ,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











